HALAMAN SANTAI

Isnin, 21 April 2008

Pemuda PAS desak KDN timbang sambung semula permit Makkal Osai


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS hari ini mendesak Kementerian Dalam Negeri menimbang semula keputusannya tidak memperbaharui permit penerbitan akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai.

Ketuanya Salahuddin Ayub berkata kementerian itu perlu mengambil kira nasib 102 kakitangan syarikat itu selain menunjukkan bukti tentang kesalahan akhbar berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai rombongan Pemuda PAS melawat dan berdialog dengan pengurusan Makkal Osai di pejabat akhbar itu di Kompleks Batu Jalan Ipoh di sini. Hadir sama Pengarang Berita Makkal Osai, B.R. Rajan.

Khamis lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata kerajaan memutuskan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan Makkal Osai selepas mendapati akhbar itu beberapa kali melanggar garis panduan media yang ditetapkan.

Rajan berkata sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang maklumat balas daripada kementerian terbabit selepas membuat rayuan pada hari yang sama. BERNAMA

Tiada ulasan: