HALAMAN SANTAI

Ahad, 20 April 2008

Rasa macam bersalah, tapi tidak terasa nakminta maaf !
alhusseyn


Utusan melaporkan : Pembayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim yang terbabit dalam krisis kehakiman pada 1988 bukan satu tanda permohonan maaf daripada kerajaan kepada mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat seharusnya melihat perkara itu dari sudut pertimbangan kerajaan.

''Bayaran itu bukanlah bermaksud untuk difahamkan sebagai satu bentuk permohonan maaf tetapi cara kita menangani setengah daripada pengalaman peribadi dan kesusahan yang dilalui.

''Itu sahaja. Jadi itulah maksudnya. Ia tidak sepatutnya diterjemahkan dengan maksud lain," katanya kepada pemberita

Bayaran ex-gratia itu juga akan dibayar kepada Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh.

Membaca laporan diatas, tentunya mengingatkan kita kepada kata-kata VK Lingam yang melucukan : “Sounds like me, looks like me, but its not me!”

Maka demikian jugalah apabila Najib dan Abdullah berkata :
“Bayaran itu bukanlah bermaksud untuk difahamkan sebagai satu bentuk permohonan maaf”

Jadi, mengapa perlu kerajaan BN bersusah payah meluluskan pembayaran ex-gratia tersebut?

Kalau alasanya “cara kita menangani setengah daripada pengalaman peribadi dan kesusahan yang dilalui.” mengapa rakyat lain yang juga menanggung pengalaman peribadi dan kesusahan tidak mendapat layanan yang sama?

Kenapa pembayaran ex-gratia tersebut diberikan kepada enam bekas hakim yang terbabit dalam krisis kehakiman pada 1988? Sudah tentu kerajaan berasa bersalah diatas kezaliman dan ketidak adilan yang dilakukan keatas enam bekas hakim tersebut.

Dengan lain perkataan Najib dan Abdullah berkata :

“Kami amat berasa simpati dan penuh ehsan memberikan ex-gratia , hanya selepas 20 tahun kes tersebut berlalu , kami menyedari bahawa Kami tidak zalim, tidak melakukan apa-apa kesalahan , tidak menganiaya hakim-hakim tersebut dan tidak perlu meminta maaf..”

Kerajaan BN/Umno berasa bersalah; tetapi terlalu sombong untuk memohon kemaafan!

Tiada ulasan: