Cadangan gubal undang-undang elak anggota Parlimen letak jawatan sesuka hati
BERNAMA
Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata di bawah undang-undang yang dicadangkan itu, wakil rakyat tidak dibolehkan meletak jawatan dalam tempoh empat atau
"Pilihan raya adalah proses demokrasi untuk menegakkan kepimpinan negara melalui suara rakyat dan tidak wajar jika ada mana-mana pihak mengkhianati proses tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syed Ali yang juga Ketua Umno bahagian Cheras berkata langkah larangan tersebut akan menjimatkan wang rakyat apabila pilihan raya kecil yang disengajakan tidak berlaku di samping ia akan mengekalkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Apabila setiap kali berlakunya pilihan raya kecil, kerajaan khususnya SPR akan mengeluarkan peruntukan besar bagi membiayainya dan ini adalah wang rakyat serta berlaku pembaziran ketara," katanya.
Syed Ali merujuk kepada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh yang terpaksa diadakan semula selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas, apabila penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga suami beliau untuk bertanding.
"Tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi telah mengkhianati amanah pengundi di Permatang Pauh dan tidak menghormati prinsip demokrasi," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan