Guan Eng nak dedah lagi kisah seleweng tanah
Oleh Bernama
Pulau Pinang: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mendedahkan satu lagi penyelewengan berkaitan tanah yang berlaku semasa pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini tidak lama lagi, kata Ketua Menteri Lim Guan
"Bukanlah tanggungjawab saya untuk mengorek sebarang penyelewengan kerana saya juga sudah bosan dengannya, tapi oleh kerana ini membabitkan kewangan negeri dan wang rakyat, saya perlu mendedahkannya," katanya dalam satu persidangan akhbar di sini Jumaat.
Minggu lepas Lim berkata kerajaan negeri sebelum ini mendedahkan "mungkin satu penyelewengan berkaitan tanah yang terbesar dalam sejarah Pulau Pinang", membabitkan kira-kira RM124 juta.
Lim juga berkata beliau menerima sepucuk
Katanya beliau menyambut baik penganjuran debat itu sekiranya ia berhasrat membincangkan mengenai isu tanah tersebut, dan tanpa sebarang syarat.
"Saya masih tertanya-tanya sekiranya portal berita itu menghantar
Sementara itu dalam jawapan segera, Koh dalam satu kenyataan berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Lim "walaupun Lim tidak berani menerima dua syarat yang dikemukakannya sebelum ini".
Koh sebelum ini berkata beliau sanggup mengambil bahagian dalam debat terbuka dengan Lim dengan syarat ia perlu menjadi satu debat yang adil, dan dijalankan selepas tamat perbicaraan mahkamah mengenai perkara itu nanti.
Debat anjuran Agenda Daily itu dijangka berlangsung pada 20 Ogos di Shah Alam.
Ia merupakan debat kedua antara Koh dan Lim, selepas kali pertama mereka berdebat 20 tahun lepas di Penang Town Hall semasa masing-masing adalah pemimpin pemuda Gerakan dan DAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan