HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 Ogos 2008

Helwani Gamis hargai pembatalan Konsert Avril Lavinge
Intan Abdullah


KUALA LUMPUR - Sekretariat Bahagian Hal Ehwal Wanita Islam (Helwani) Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) menyambut baik serta merakamkan ucapan penghargaan kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) atas keputusan membatalkan konsert Avril Lavinge sempena sambutan kemerdekaan yang dirancang pada 29 Ogos akan datang.

Ketuanya, Rafidah Jannah Salleh menyifatkan tindakan yang dibuat kerajaan adalah merupakan salah satu usaha mengekang penularan masalah gejala sosial yang kian subur berkembang masa kini.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana telah membuka pintu hati pihak kerajaan bagi membatalkan konsert ini,"

Tambahnya, pihak Helwani Gamis sangat khuatir dengan pelaksanaan konsert ini akan menyumbang kepada keruntuhan akhlak muda-muda masa kini yang sedang hanyut dalam budaya hedosnisme serta globalisasi.

Menurut laporan News Straits Times hari ini, KeKKWa telah mengumumkan keputusan untuk tidak memberi permit bagi penganjuran konsert Avril Lavinge pada 29 Ogos ini dengan alasan ianya tidak sesuai dengan budaya di Malaysia.

katanya lagi, Helwani Gamis juga akan menghantar surat penghargaan terima kasih kepada KeKKWA ekoran keputusan pembatalan konsert tersebut.

Sementara itu, pagi tadi Sekretariat Helwani Gamis telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung penganjuran konsert yang sama.

Memorandum itu diserahkan oleh Rafidah bersama empat lagi wakilnya kepada Pegawai Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Ezriq Razak jam 10.25 pagi.

Helwani juga katanya mendapat sokongan terhadap pendirian membantah konsert itu diadakan daripada mufti kerajaan Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abdul Wahid, Jumaat lalu. - mr _

Tiada ulasan: