kemaskini
Logo anjing: Penulis blog dibebas
Abdul Rahim Sabri
Penulis blog Abu Bakar Mohd Rashid yang ditahan sejak kelmarin kerana menggantikan kepala harimau dengan "kepala anjing" di lambang rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lamannya dibebaskan jam 5.40 petang.
Ditemui Malaysiakini sewaktu dibebaskan di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan,
Menurutnya, lambang yang diubah itu diambil daripada blog lain - bagaimanapun beliau tidak menyebutnya.
Abu Bakar juga disiasat berhubung artikelnya bertajuk 'Kenapa tidak usik Raja Petra' bertarikh 14 Julai lalu.
Abu Bakar (foto kanan), yang juga dikenali Bakar Haq, popular dengan kelantangannya mengupas isu-isu politik di blog nya 'Penarik Beca' (www.penarikbeca.blogspot.com).
Ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata gambar anjing pada lambang PDRM "satu percubaan untuk menghasut orang ramai membenci polis".
Beliau dilaporkan berkata, polis yang memandang serius cubaan itu akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang
Menurut Bernama, penulis blog itu ditahan di rumahnya pada pukul 10 malam di Taman Koperasi Polis, Gombak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Penulis itu kemudian dibawa dan disiasat di ibu pejabat polis bahagian berkenaan hingga saat ini.
Semalam polis mereman Abu Bakar untuk sehari bagi melanjutkan siasatan tersebut.
Polis sebelum ini pernah menahan beberapa penulis blog termasuk pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin bagi siasatan bawah akta yang sama.
Peguamnya Mohamed Hanipa Maidin semalam berkata, penahanan Abu Bakar mungkin bermotifkan politik dan untuk menakut-nakutkan penulis blog.
Peguam itu menambah, penahanan tersebut bertentangan dengan janji perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mewujudkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan