HALAMAN SANTAI

Rabu, 6 Ogos 2008

(Mutakhir)

Liwat: Anwar hadapi tuduhan rasmi pagi esok
Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK


PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diarah supaya hadir di mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur esok - dipercayai berhubung tuduhan meliwat.

Arahan supaya hadir di mahkamah dikeluarkan oleh pihak polis pagi ini.

Beliau dikehendaki berada di mahkamah pukul 10 pagi esok.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk mengenakan pertuduhan secara rasmi ke atas Anwar esok.

mStar Online difahamkan Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan sidang media di ibu negara pukul 3 petang ini.

Anwar berhadapan dengan tuduhan meliwat kali kedua dalam tempoh 10 tahun. Kali pertama selepas beliau dipecat daripada jawatan parti dan kerajaan.

Beliau dipecat pada 1998.

Pada akhir Jun lalu, bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah meliwatnya.

Tiada ulasan: