Semua jentera di Permatang Pauh mula beroperasi
Mohd Sabri Said
Walaupun hari penamaan calon Parlimen Permatang Pauh (P44) empat hari lagi iaitu 16 Ogos depan namum bagi semua parti yang bertanding telah mula mencari tapak untuk dijadikan markas atau bilik gerakan masing-masing.
Pencarian tapak yang strategik sebenarnya telah bermula selepas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini bagi menggantikan isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memberi ruang untuknya bertanding sekaligus memenangi kerusi panas itu semata-mata melayakkan dirinya menerajui Malaysia.
Tinjauan Harakahdaily hari ini mendapati semua markas atau bilik gerakan mula dipasang bendera masing-masing .
PAS, DAP dan KeADILan seperti biasa akan berkongsi markas di serata lokasi untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi tiga kali berturut-turut oleh bekas Ahli Parlimen Parlimen Pauh yang juga Presiden KeADILan.
Beliau berjaya mempertahanankan kemenangan besama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman sejak tahun 1999 lagi.
KeADILan menjadikan Pejabat Yayasan Aman yang terletak di pekan Penanti sebagai Markas Besar Pilihan raya Kecil Permatang Pauh, PAS pula di Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir, DAP di Taman Aruwana, Permatang Pauh manakala Barisan Nasional (BN) Pejabat Umno Bahagian di Sungai Semambu, Bukit Mertajam.
BN hari ini seolah mendahului melekatkan lambang daging merentangi jalan contohnya di Pekan Permatang Pauh serta berhadapan pejabat besar parti itu di Sungai Semambu.
Lain-lain parti Pakatan Rakyat belum menampakan kecenderungan menaikkan 'mood' untuk berlawan sehinggalah tarikh perlawanan sebenar melainkan di sekeliling markas sahaja seperti di Bilik Gerakan Angkatan Muda KeADILan Pusat di Taman Cermai, Sama Gagah.
Piiihan raya kecil tersebut menjadi perhatian bukan sahaja seluruh
Maka, kedua-dua belah pihak terpaksa bertungkus lumus mencari calon terbaik terutamanya Umno-BN kerana mereka merupakan penentang di parlimen ini.
Memang diduga, ketokohan Dato' Seri Anwar tiada bandingnya tetapi Umno
Hendak dijadikan cerita, Umno sampai hari ini masih 'pening' mencari calon pilihan kerana semua yang ada orang utara kata 'dongoi-dongoi' belaka melainkan bekas Adun Penanti merangkap Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh, Dato' Jalil Abdul Majid dan bekas calon Parlimen yang kalah dua kali berturut-turut pada Dato' Seri Dr Wan Azizah.
Yang lain semuanya bimbang kalah. Jika kalah Umno akan tinggalkan bekas calon itu keseorangan tanpa mengganggap 'hero' kerana menyelamatkan maruah Umno-BN dari kalah sebelum bertanding.
Tetapi apapun, bagi penganalisa dan pemerhati politik tanahair keputusan pilihan raya kecil ini akan mempengaruhi arena politik tanahair untuk terus membawa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan