Oleh : Faizal Nazaruddin
Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat berkata, walaupun produk tersebut sudah lama diharamkan penggunaannya namun pertindihan bidang kuasa antara agensi kerajaan menjadi punca ia masih bebas dijual kepada para pengguna kenderaan.
Katanya, antara agensi yang terlibat iaitu kementeriannya, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).
“Macam pengimportan produk tersebut, ia bidang kuasa kastam manakala KPDNHEP pula bertanggungjawab memantau penjualan barangan itu di kedai,
“Maka satu garis panduan penguatkuasaan yang jelas akan diputuskan secepat mungkin agar produk tersebut tidak lagi terdapat dipasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Keselamatan Kerja Raya (JKJR) dan PLUS Ekspressways Berhad di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan