UMNO Cheras desak Zaid letak jawatan
Agenda Daily
Ketuanya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga undang-undang, sikapnya ‘membisu seribu bahasa’ amat mengecewakan.
Katanya, ketika umat Islam membantah tindakan Majlis Peguam itu, Zaid tidak memberikan sebarang kenyataan.
“Ketika ribuan umat Islam bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam, menteri yang kononnya mahir dalam bidang undang-undang hilang entah ke mana, ini amat mengecewakan seluruh ahli UMNO dan orang Melayu,” katanya.
Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Isnin sebagai mengulas isu forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam yang mencetuskan kemarahan serta bantahan seluruh umat Islam dan orang Melayu.
Kepimpinan negara termasuk Timbalan Perdana Menteri, datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah memberikan pandangan agar forum berkenaan tidak diadakan kerana bimbang ia akan mengundang kemarahan orang Melayu.
Dalam kenyataanya juga, Syed Ali menyatakan kekesalan UMNO Bahagian itu kerana sikap membisu Zaid seolah-olah beliau tidak peka dengan suara orang melayu dan Islam.
“Di mana Zaid yang kononnya menjaga hal ehwal undang-undang apabila Majlis Peguam secara terbuka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan