Roketkini.com
KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen
menggesa kerajaan negeri dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak untuk
mendedahkan pihak yang memulakan kerja tapak di atas tanah seluas 263.6
di Batu Kawa (MJC) Kuching.
Beliau terkejut apabila tinjauannya baru-baru ini ke tapak
mendapati kerja menambak tanah telah dimulakan, sedangkan cariannya di
Jabatan Tanah dan Survei Sarawak pada 30 Julai lalu mengesahkan bahawa
kerajaan negeri adalah pemilih tanah tersebut.
“Persoalan yang segera terlintas di fikiran saya ialah sama
ada kerja itu dilakukan oleh ‘syarikat-syarikat kroni’ atau ia
dilakukan oleh kerajaan sendiri.
“Namun, ia tidak mungkin berlaku kerana kerajaan negeri
tidak akan menjalankan kerja-kerja menambak,” katanya pada sidang media
di ibu pejabat DAP Sarawak di sini, semalam.
Justeru, satu surat aduan kepada pihak berkuasa Jabatan
Tanah dan Survei Sarawak dan salinannya turut dihantar kepada Ketua
Menteri, Tan Sri Adenan Satem bagi mendapatkan penjelasan lanjut
berhubung perkara tersebut.
Kata Chong sekiranya terdapat permohonan pembangunan kepada
Jabatan Tanah dan Survei Sarawak untuk kerja menambak di tapak
tersebut, pihak atau syarikat yang bertanggungjawab wajar didedahkan
kepada umum.
Ini kerana menurut Chong, tidak ada sebarang papan tanda
yang memperincikan kerja, tempoh projek dan nama syarikat yang terbabit
untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.
“Siapa yang membuat permohonan dan apa locus standi (hujah)
permohonannya? Sukar dipercayai apabila seseorang boleh secara
terang-terangan menceroboh tanah milik negeri yang terletak bersebelahan
jalan utama dan menjalankan kerja tambakan, seolah-olah tanah itu miiik
mereka,’ katanya.
Chong sebelum ini mengemukakan cadangan pembinaan 104
pangsapuri lima tingkat dengan 30 unit rumah bagi setiap blok, dengan
jumlah keseluruhan 3,120 unit rumah uk uk penduduk miskin di Batu Kawa.
Pelan cadangan bagi tapak seluas lima ekar itu turut
menyediakan kemudahan sukan termasuk kolam renang, padang bola sepak,
balapan, dewan badminton dan bola keranjang selain dua buah sekolah
rendah.
Cadangan pembangunan tersebut dikemukakan bagi pembangunan
bersepadu di atas tanah plot 127, 128, 2301 dan 2304 di dalam Blok 225
daerah Kuching Utara yang berkeluasan 106 hektar.
Cadangan pembangunan itu menurut Chong perlu diuruskan
syarikat miik kerajaan negeri seperti Borneo Development Corporation
(Sarawak) Sdn Bhd dan diselia oleh Kementerian Perumahan.
Unit rumah yang dicadangkan itu mempunyai tiga bilik dengan
dua bilik air dan dicadangkan dijual pada harga mampu milik kira-kira
RM150,000 melalui skim sewa-beli melalui skim bayaran bulanan diantara
RM250 ke RM400.
Namun, ahli parlimen Bandar Kuching itu tidak menerima
sebarang maklum balas daripada kerajaan negeri berhubung cadangan
tersebut selepas dikemukakan kepada Ketua Menteri, 31 Julai lalu. –
Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan