Tindakan PKR dan DAP yang
bertegas untuk tidak menamakan lebih dari dua nama untuk menggantikan Khalid
Ibrahim bukan sahaja mencabar Tuanku Selangor malahan merupakan tindakan
mencabar Perlembagaan itu sendiri. Akhirnya DAP telah memohon ampun kerana tindakan
sumbangnya dalam isu ini dan beberapa jam selepas itu Anwar juga memohon maaf
tetapi kekal dengan satu nama pencalonan iaitu isterinya sendiri, Wan Azizah
Ismail.
Hasil dari tindakan itu ramailah
dari pihak Pakatan Rakyat yang memberikan definasi kosong dan tidak berisi.
Bagi setengah pihak mereka menganggap yang demokrasi Raja Berpelembagaan itu adalah
demokrasi yang mana semua yang dikehendaki oleh Parti politik itu
wajib disetujui oleh Raja sesebuah negeri itu. Jika itu definasinya maka tidak
berperanan lah Raja itu sedangkan nama demokrasi itu pun adalah Raja
Berpelembagaan.
Raja itu merupakan proponen besar
dalam sistem Raja Berpelembagaan itu. Yang memerintah itu adalah Raja
dan yang
mentadbir itu adalah seorang Menteri Besar atau
Perdana Menteri yang dipilih dikalangan ahli-ahli 'legislature' di
Persekutuan atau Dewan Undangan Negeri jika ia diperingkat negeri dalam
persekutuan ini.
Raja itu adalah pemerintah dengan
memilih salah seorang dari ahli-ahli Dewan Undangan Negeri itu untuk
menjadi
Ketua kepada Kerajaan Baginda dan dalam kes Selangor itu seorang Menteri
Besar. Raja juga adalah Ketua Pemerintah Angkatan Tentera dan Polis dan
itulah sebabnya Angkatan Tentera itu membawa panji-panji di Raja dengan
nya.
Kalau diperingkat persekutuan
Parlimen itu ada tiga elemen, iaitu Raja, Dewan Parlimen dan Dewan Negara. Di
peringkat negeri Dewan Undangan Negeri itu mempunyai dua elemen dan proponen,
iaitu Dewan Undangan itu sendiri dan Raja yang memerintah negeri. Tetapi ada
pihak yang cuba membuat interpretasi sendiri dengan menggunakan peguam yang mahu
menyebelahi mereka yang kononnya berkuasa penuh itu dan meletakkan Tuanku Sultan
itu sebagai pak pacak sahaja. Mereka beranggapan Raja itu hanya sebagai hamba
sahayanya
Negeri-negeri yang terlingkung
dalam persekutuan itu adalah diperintah oleh Raja yang memberikan ‘empowerment’
untuk mentadbir kepada kerajaan untuk semua takluk dan jajahannya. Itu sebabnya Raja itulah yang memilih siapa yang baginda
perkenan untuk mentadbir dan pilihan itu adalah dikalangan mereka yang dipilih
rakyat dalam Dewan Undangan negeri itu.
Mereka yang berfikir sedemikian
adalah orang yang sengaja hendak menunjuk kebencian kepada Istana atau tidak
terbuka hijabnya untuk menerima keadaan dan ‘attribute’ perlembagaan itu
sendiri. Mereka ini beranggapan memilih Menteri Besar ini tidak perlu Tuanku
Sultan untuk menentukannya dan pilihan itu boleh dilakukan seperti memilih
jawatankuasa kilang padi dikampungnya. Kehadiran orang-orang seperti ini amat
memilukan kerana akibah dari budaya dan nilai yang kuning ini akan menghilangkan
identitI bangsanya sendiri.
Jika budaya kurang ajar ini
berterusan kerana mahu menjaga dan memilihara ego orang yang kurang berpedoman
dalam hidupnya maka tidak terkejut orang melayu dan bangsa-bangsa lain yang
berada dalam negara ini akan menjadi rakyat yang tidak bersatu dan mungkin
inilah yang dikehendaki berlaku oleh opportunis politik yang fakir jiwa mereka.
Persoalannya sekarang, jika Raja
tidak boleh berperanan untuk melantik atau memilih Menteri Besar maka saya
cadangkan supaya parti dan pihak yang membenci raja ini mengusulkan kepada Dewan
Undangan negeri masing-masing. Jika
berlaku perbalahan diantara mereka selepas itu carilah Raja yang lain, seperti Raja
Kelawar dan Raja Spade.
Ramai yang mengikut hati dan
nafsu sambil melayan jiwa amarah dan mulhimah yang sentiasa mahu memesongkan
kita dari yang benar. Nafsu amarah itu sentiasa mengintai-ngintai kepada mereka
yang berjiwa fakir dan lemah yang mudah untuk dipesongkan malahan itu adalah
persumpahan mereka sejak mula dijadikan oleh Tuhan dahulu. Persumpahan mereka
ialah tidak mahu tunduk kepada kebenaran dan dalam konteks fisiknya mereka tindak
mahu tunduk kepada Adam. Yang lebih mengaibkan lagi mereka ini terasa mereka
yang betul-betul benar kerana mempunyai pemikiran yang ‘deluded’.
Itu sebabnya diakhir zaman ramai
yang fasih dengan bercakap tentang syariat dan fekahnya tetapi perlakuannya di
serongkan dan dipandu oleh elemen yang bathil yang maknawi itu. Yang lebih
anehnya DAP yang dikuasai oleh kaum bukan Melayu pun telah memahami keadaan dan
memohon maaf tetapi ada pula dikalangan beberapa orang melayu yang lebih marah
seperti lebih DAP dari DAP sendiri.
Tetapi sebagai seorang Melayu
yang beragama tentunya masih banyak masa untuk berfikir dengan hati dan jiwa
yang tenang dan zuhud. Jika ego masih menguasai diri mereka, adalah jalan yang
lebih baik untuk membersihkan diri kita dari noda ini, iaitu dengan melakukan
solatul daimun dan berzikir terus-terusan terhadap yang Maha Kuasa.
Beristighfar kita buat masa ini,
bukan sahaja untuk sesiapa yang saya maksudkan tetapi juga seruan ini juga
adalah untuk diri saya sendiri. Dalam
mempersoalkan kewibawaan Raja-Raja itu, baik kita melihat kedalam dan melakukan
instrospeksi untuk mengelak dari kecenderungan kita sendiri berlagak seperti Raja pula.
Bila bercakap itu letakkan hidung kita ditempatnya dan jangan sekali mengalih kedudukan hidung kita di dahi. Bercakap itu biar tunduk sedikit, jangan bercakap sambil menengadah kelangit. Kalau kita mengaku kita pandai, ramai lagi yang lebih pandai dari kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan