HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 September 2014

GERAMM kecam penahanan wartawan portal kerana menghasut

ANTARAPOS.COM


Post Pic




SHAH ALAM: Gerakan Media Marah (GERAMM) mengecam keras penahanan wartawan MalaysiaKini, Susan Loone mengikut Akta Hasutan kerana ia berlawanan dengan semangat kebebasan media.

GERAMM dalam satu kenyataan berkata pihak berkuasa tidak wajar melakukan penahanan itu kerana wartawan hanya membuat laporan berdasarkan temuramah dengan individu tertentu.

"Jika ada kesalahan dalam laporan, penjelasan balas boleh dibuat. Sebaliknya penangkapan itu dilihat sebagai usaha menakut-nakutkan pengamal media," kata kenyataan itu.

Apatah lagi, ia dibuat beberapa jam selepas Susan memberi kerjasama kepada polis dengan memberi keterangan berhubung siasatan mengenai kontroversi Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

GERAMM juga bimbang penahanan wartawan tersebut ada unsur campur tangan politik berikutan isu PPS melibatkan kepentingan politik dua pihak bertentangan.

Ujar kenyataan itu lagi, kejadian tersebut mengulangi tragedi penahanan wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng pada 12 September 2008 yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kerajaan ketika itu kemudian memberi alasan tidak munasabah iaitu mahu 'menjaga keselamatan' wartawan berkenaan. Apakah polis melakukan tangkapan itu atas alasan sama dalam kes Susan? soalnya.
 

Tiada ulasan: