KL TODAY
MIC
Melaka memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi kelonggaran dari
segi syarat fizikal mahupun kelayakan akademik bagi membolehkan lebih
ramai belia India menyertai pasukan polis.
Pengerusinya, Datuk M.S Mahadevan berkata, ramai belia India amat berminat menyertai pasukan polis, bagaimanapun syarat fizikal yang agak ketat serta tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan, membantutkan usaha itu.”Kami memahami syarat yang telah ditetapkan, namun kami ingin mohon sedikit kelonggaran yang tidak menjejaskan usaha ini.

“Perkara
kecil mungkin seperti tinggi atau ukur lilit dada itu kurang satu atau
dua sentimeter boleh diberi kelonggaran bagi menarik lebih ramai belia
India menyertai pasukan polis,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat
Dagangan Antarabangsa Melaka di sini, malam tadi.
Beliau
terdahulu menghadiri Konvensyen MIC Melaka ke-68 dirasmikan Presiden
MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang turut dihadiri lebih 200 perwakilan
daripada 135 cawangan MIC di Melaka.
Mahadevan
berkata, 11 usul diluluskan sebulat suara dalam konvensyen itu antaranya
mengenai kelonggaran menyertai pasukan polis serta supaya lebih ramai
kaum India diambil bekerja dalam sektor awam terutamanya dalam kumpulan
profesional.
Beliau
yang juga Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan Badan Bukan
Kerajaan Melaka berkata satu lagi usul yang diluluskan ialah memohon
kerajaan negeri Melaka menetapkan kuota rumah bukan bumiputera dalam
sesuatu projek perumahan kepada kaum India.
“Mungkin
dalam satu projek perumahan itu daripada kuota rumah bukan bumiputera,
kerajaan negeri boleh tetapkan antara 10 atau 15 peratus untuk kaum
India membelinya, kerana kuota rumah bukan bumiputera ini cepat habis
jadi sukar kaum India untuk beli rumah,” katanya.
Sementara itu, Mahadevan berkata kaum India di negeri Melaka perlu memahami bahawa setiap kuil yang ada, perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dan setiap kuil yang gagal mematuhinya akan diambil tindakan.

“Kita kena
faham peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menetapkan lokasi
kuil itu mestilah sesuai antaranya tidak berada dalam kawasan perumahan,
tetapi kerajaan sedia berbincang dengan semua pihak terlibat untuk
selesaikan perkara ini dengan baik dan memberi kebaikan kepada semua
pihak,” katanya.
Beliau
berkata Melaka pada masa ini mempunyai 60 kuil yang berdaftar dan apa
yang merisaukan ialah ada beberapa kuil yang berusia lebih 100 tahun
tidak dapat didaftarkan kerana tidak mematuhi peraturan PBT antaranya
berada dalam kawasan kediaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan