KUALA LUMPUR: Dua pengguna laman sosial Twitter dikesan mengeluarkan
kenyataan biadab terhadap polis dengan seorang daripadanya menggelar
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai 'anjing Barisan
Nasional'.
Sehubungan itu, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber
Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengenal pasti
individu tidak bertanggungjawab di sebalik dua akaun Twitter berkenaan
untuk dikenakan tindakan.
"PCIRC@PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yang
menggelar IGP 'Anjing BN,'' kata Khalid dalam catatan di laman
Twitternya hari ini.
Akaun yang menghina Khalid itu menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar.
Pada satu lagi akaun Twitter atas nama Viktor Wong, tertera mesej
mencemuh berikut: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the
ruthless@KBAB51. Henrich Himmler of Malaysia''.
Merujuk kepada akaun Twitter kedua itu, Khalid berkata: "PCIRC@PDRMsia,
juga kesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan.''
Heinrich Himmler merupakan antara individu paling digeruni ketika pemerintahan Hitler di Jerman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan