Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK).
16 Tahun Bajet Defisit. Kerajaan Boros Berbelanja Bakal Muflis Seperti
Argentina. Letak Jawatan : Sebelum ini Tokoh Wartawan Negara pernah
mencadangkan (DI SINI)
hujung tahun lepas tahun 2013 iaitu kepada Najib Razak supaya
memberikan peluang dan ruang kepada isterinya, Rosmah Mansor untuk
menjadi menteri bagi menggantikan menteri yang kurang berpotensi. Sampai
begitu sekali? Terbaru….
Terbaru, atas nama sayangkan bangsa dan
negara lebih-lebih lagi berdasarkan pengalaman 22 tahun beliau
menjadi Perdana Menteri Malaysia selama tempoh 22 tahun, Tun Dr Mahathir
pula mengambil tempat untuk memberikan nasihat dan peringatan kepada
Najib Razak yang buat diibaratkan sebagai “anaknya” yang mana mahu
mengharapkan anaknya itu berpandangan jauh, berdisiplin dan mampu buat
keputusan yang betul, jalankan tanggungjawab dan tegur apa yang
dirasakan Tun Dr Mahathir tidak betul.
Sebelum ini, Mahathir telah bertindak
drastik apabila telah membuat keputusan untuk menarik balik sokongan
kepada Najib Razak sebagai pemimpin negara. Semuanya atas sebab-sebab
berdasarkan laporan Berita Semasa di bawah ini :
BACA SINI : Tun Mahathir Tolak Sokong Najib Razak (Lemah, Sokongan Teruk,
Ekonomi & Perpaduan Kacau-Bilau & jenayah Berleluasa). Najib Razak Letak Jawatan?
Tidak cukup dengan itu, Tun Dr Mahathir
yang dilihat mempunyai karisma yang tersendiri apabila mengeluarkan
kata-kata dan pandangannya kelihatan lembut dan tidak perlu
menjerit-jerit ketika mengeluarkan butir-butir perkataan daripada
mulutnya tetapi AWAS……
Lenggok bahasa politik yang digunakan
cukup sinikal yang sehingga mampu membuatkan ramai ketawa sendirian dan
ada juga yang menahan luka mendengar sindiran dan kata-kata pedas yang
diucapkan oleh Tun Dr Mahathir. Terbaru…..
Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK). 16 Tahun Bajet Defisit. Mahathir Nasihat Letak Jawatan?
- Tun Mahathir menemplak 1Malaysia Development (1MDB) boros berbelanja
- 1Malaysia Development (1MDB) dilihat berdiri megah atas nama “Dana Kekayaan Negara”, apabila membelanjakan duit negara seolah-olah Malaysia mempunyai terlalu banyak lebihan wang untuk dibelanjakan. Sedangkan hakikatnya, duit yang dibelanjakan adalah hutang yang dibuat berbilion ringgit
- Apabila terlalu banyak hutang, Malaysia tidak akan terlepas menjadi muflis seperti Argentina
Sedangkan pelbagai hutang ditambah menyebabkan hutang negara terus melambung tinggi- Hutang perlu dibayar dan dikurangkan
- Tetapi apabila bajet defisit yang dibentangkan setiap tahun, mana mungkin Malaysia boleh bayar hutang negara
- Nasihat Tun Mahathir kepada Najib Razak dan anak buahnya supaya apabila pembentangan Bajet 2015 dan seterusnya mestilah mengikut had siling hutang negara yang telah diputuskan secara rasmi di Dewan Rakyat
- Jikalau beliau menjadi Perdana Menteri sekarang, pastinya beliau akan letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan berundur jikalau melihatkan corak pentadbiran kerajaan malaysia sekarang
- Kerajaan malaysia & Putrajaya dilihat gagal menunjukkan kepimpinan yang kuat dan meletakkan Malaysia ke landasan yang betul dalam aspek pembangunan Malaysia
Peringatan Tun Dr Mahathir
Berdasarkan semakan Berita Semasa
laporan yang dikeluarkan oleh Sarah Fowler dari Oxford Economic
meletakkan kedudukan ekonomi Malaysia adalah paling berisiko di Asia.
- Ini kerana Malaysia dilihat terus kekal mempunyai hutang negara kepada KDNK melebihi paras 50% untuk 5 tahun seterusnya.
- Sedangkan pada ketika ini, hutang negara Thailand, Korea Selatan dan juga Indonesia kepada KDNK negara mereka masih tidak lagi mencecah kepada paras 33%.
Dan inilah antara sebab utama, Fitch
Rating terus mengekalkan pendirian dan laporan mereka Malaysia hanya
layak dberikan rating “A-” pada Julai 2014 yang lalu.
Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK) Terkini?
Semakan Berita Semasa terhadap portal “The Economist” menunjukkan hutang negara sudah hampir mencecah RM700 bilion.
BACA SINI LAPORAN BS JUN 2014 : Hutang Negara Malaysia 2014 RM677.736 Bilion Langgar Had Siling 55%. Kadar Faedah Hutang Melonjak Tinggi. Alternatif Pendapatan? GST 6%!
Dan Boston Consulting Group telah
memberikan peringatan, bagaimana sesebuah negara yang mana ekonomi
negara mereka boleh jatuh menjadi krisis yang buruk jika hutang negara
tidak diuruskan dengan baik daripada sekarang.
Hakikatnya, hutang negara sekarang
berada pada paras RM692 Bilion dan angka dilihat akan ini terus
meningkat. melihatkan trend hutang negara yang tidak pernah menyusut
malah terus melonjak dan meningkat naik.
KLIK SINI : Hutang Malaysia Menjelang Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13)
Terus Naik RM549.267 Bilion! Uruslah Dengan Baik Hasil Negara Wahai Kerajaan!
Persoalan, di mana iltizam kerajaan
Malaysia untuk menurunkan hutang negara Malaysia? Berapa lama lagi
rakyat Malaysia dijamu dengan kenaikan hutang negara yang pastinya beban
akan dipulangkan kepada rakyat Malaysia. Apa respon anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan