MALAYSIAKINI
Tebaran jaring Akta Hasutan oleh kerajaan kini semakin meluas dan kini
menjangkau ke bidang akademik apabila pensyarah undang-undang, Azmi
Sharom akan dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Hasutan esok.
Azmi (kiri) akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok berhubung satu artikel yang disiarkan dalam Malay Mail Online pada 14 Ogos.
Azmi adalah seorang pensyarah undang-undang di Universiti Malaya dan
dipercayai telah membuat komen mengenai krisis menteri besar Selangor
dalam artikel tersebut.
Portal itu memetik polis Dang Wangi sebagai mengesahkan bahawa Azmi akan didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta tersebut.
Malaysiakini telah menghubungi Azmi tetapi beliau tidak mahu mengulas mengenainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan