MALAYSIAKINI
Sehari selepas 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau
Pinang ditahan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
berkata, beliau yakin Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan yang
sama.
"Tindakan yang sama juga akan diambil oleh pihak polis. Saya sangat
yakin mereka akan diambil tindakan," katanya kepada wartawan di Kuala
Lumpur hari ini
Menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perbezaan di antara
PPS dan Unit Amal, yang telah beroperasi selama beberapa dekad dan
membantu dalam pengawalan orang ramai semasa protes pembangkang dan juga
acara-acara amal PAS.
Ahmad Zahid mempertahankan tindakan polis menangkap anggota PPS pada
hari sambutan Kemerdekaan semalam dan menyalahkannya ke atas Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Katanya, Lim mencabar Ketua Polis Negara (IGP) untuk mengambil tindakan, maka IGP mengambil tindakan.
Oleh itu, Zahid berkata apakah ianya salah IGP mengambil tindakan
tersebut apabila beliau dicabar oleh seorang pemimpin dari negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan