KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Skandal kapal selam Scorpene kembali hangat dengan pengumuman Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) bahawa syarikat itu telah memperolehi kontrak rasmi bagi memberikan servis sokongan dalaman untuk dua kapal selam Scorpene kelas Perdana Menteri.
Kontrak itu seperti dilapor media Rabu lalu adalah termasuk pakej sokongan logistik bersepadu penuh kapal selam, mengandungi pakej alat ganti komprehensif di samping pemasangan kelengkapan bengkel, kelengkapan dan kemudahan di kawasan masing-masing serta penjagaan dan penyelenggaraan mereka.
Kontrak itu juga merangkumi perkhidmatan kapal tunda dan operasi serta penyelenggaraan pelancar kapal, sistem pemindahan dan ‘perkhidmatan tali pusat’ kapal selam.
BHIC juga dilapor berkata, tiada perbezaan di antara kandungan kontrak rasmi dan surat anugerah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan