HALAMAN SANTAI

Selasa, 16 September 2014

Kritikan Mahathir bukti pentadbiran Najib makin teruk

Oleh: Fiza Halim


KUALA LUMPUR: Kritikan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan pentadbiran perdana menteri yang makin lemah dan teruk, kata Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri.

Ia berikutan kritikan mantan perdana menteri itu mengenai 1 MDB yang membelanjakan berbilion ringgit untuk membeli stesen janakuasa dari Genting dan jumlah hutangnya yang kini mencecah RM38 bilion.

yahya-sahri“Sekarang sudah jelas bahawa pengurusan Najib ini sangat lemah, dan dia terlalu boros. Mahathir nampak cara Najib ini teruk dan menyusahkan kerajaan.

“Kritikan yang bertubi-tubi ini adalah cara Mahathir supaya Najib melepaskan jawatannnya sebagai Perdana Menteri dengan segera, ini taktik Mahathir kalau dia sudah muak dengan seseorang itu sepertimana dilakukan terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi,” jelasnya.

Menurut Yahya, kenyataan Mahathir mengenai 1MDB adalah berasas kerana operasi 1MDB mendapat pembiayaan pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

“Macam mana Mahathir tak risau, projek 1MDB ini pelaburan yang besar dibuat oleh Najib, yang menambahkan kerisauan Mahathir adalah Jho Low yang uruskan, iaitu kroni paling rapat dengan Najib dan Rosmah dalam projek tersebut,” katanya.

Katanya, Mahathir sudah banyak kali mengkritik pengurusan kewangan yang lemah oleh Najib, termasuk pembaziran dilakukannya. Dalam masa sama katanya, kritikan lantang Mahathir itu juga bertujuan melonjakkan anaknya, Mukriz dalam Umno.

“Antara sebabnya adalah Najib tidak melantik anaknya Mukhriz sebagai pimpinan tertinggi dalam Umno.

“Mahathir memang perangai dia macam itu, selagi ahli keluarganya tidak dapat mentadbir negara, selagi itu dia akan terus menekan Najib atau sesiapa sahaja sehingga hasratnya tercapai,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Tiada ulasan: