Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 6.4% Antara
Terbaik Dunia. Pendapatan Perkapita Malaysia 2014 RM33,875 Naik 16.7%!
Alhamdulillah, selepas Wahid Omar membawa apa yang dipanggil “khabar
gembira” untuk “dirinya” melalui statistik dan kajian n yang dilakukan
telah menunjukkan di sini telah berlaku kenaikan purata pendapatan isi
rumah rakyat Malaysia sejumlah 18%, (BUKTINYA DI SINI) sehinggakan menteri tersenyum lebar tanda kepuasan melihatkan statistik kejayaan tersebut.
Dan….nampaknya berita gembira untuk “rakyat Malaysia” tidak terhenti setakat itu sahaja.
Kali ini rakyat malaysia dihidangkan
dengan berita yang mana pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah antara
terbaik di dunia sepertimana diucapkan oleh Menteri kewangan kedua,
Ahmad Husni baru ini di mana Malaysia berjaya mencatatkan pertumbuhan
sejumlah 6.4% pada suku kedua tahun 2014. Tahniah Berita Semasa ucapkan.
Diharapkan data-data dan angka ekonomi yang menarik ini benar-benar
sampai hasilnya dan dinikmati rakyat marhaen di Malaysia.
Pada pandangan Berita Semasa diharapkan
pemimpin dan kerajaan berusaha lebih keras lagi. Buat lebih baik lagi.
Insyaallah. Jangan cepat berpuas hati pada data terkini yang diperolehi
sekarang ini.
Lagipun angka-angka pertumbuhan ekonomi yang melonjak
tinggi biasanya banyak dinikmati dan ditunjukkan oleh negara-negara yang
membangun seperti Malaysia dan Filipina yang turut mencatatkan kadar
pertumbuhan ekonomi 6.4% berbanding negara maju seperti (US, UK,
Singapore, Jepun)
Statistik Pendapatan Perkapita Malaysia 2014 Mengikut Negeri?
- Kuala Lumpur (RM79,752)
- Labuan (RM43,848)
- Sarawak (RM41,115)
- Pulau Pinang (RM38,356)
- Selangor (RM37,851)
- Melaka (RM34,109)
- Negeri Sembilan (RM33,033)
- Pahang RM26,759
- Johor (RM25,302)
- Terengganu (RM23,285)
- Perak (RM21,150)
- Sabah (RM18,603)
- Perlis (RM18,519)
- Kedah (RM16,316)
- Kelantan (RM10,677)
Pendapatan Perkapita Malaysia 2014 VS Pendapatan Perkapita Malaysia 2013
Dan kerajaan juga yakin yang Malaysia
bakal menjadi negara berpendapatan tinggi tidak lama sahaja lagi selepas
melihatkan pendapatan perkapita Malaysia yang sudah mampu mencecah
US$10,500 pada tahun 2014, berbanding US$9,000 pada tahun 2013. Oleh
sebab itu, kerajaan Malaysia begitu yakin mampu mencapai status negara
berpendapatan tinggi lebih cepat daripada jangkaan iaitu dengan
pendapatan perkapita US$15,000 pada tahun 2018.
Ditambah pula faktor pelaksanaan GST
meningkatkan lagi faktor untuk Malaysia mencapai status negara
berpendapatan tinggi tidak lama sahaja lagi. Nantikan rakyat Malaysia.
“Terdapat negara pendapatan perkapita di bawah US$1,000 pun telah melaknakankan GST, mengapa pula kita dilihat tidak mampu untuk melaksanakan GST kepada rakyat Malaysia?” Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
P/S : Dalam kitaran ekonomi ada pasang
surutnya. Diharapkan kita semua bersiap sedia. Berjaga-jaga kerana
setiap 10 tahun ada kemungkinan berakunya zaman gawat ekonomi dunia.
Bersiap sedialah menghadapinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan