KUALA LUMPUR - Big Data mungkin kedengaran baru di negara ini,
namun Malaysia tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan Big Data di dalam
bidang kerja untuk mencapai tahap yang selari dengan negara luar yang
mengamalkan konsep ini.
Pengarah Eksekutif Kumpulan AGA, Datuk Dr Nor Aliah Mohd Zahri berkata,
peluang dan ruang yang lebih luas akan diperolehi dengan adanya
penjanaan maklumat-maklumat baharu.
"Banyak data di dalam seharian kerja kita, cuma penggunaannya tidak
dimanfaatkan sepenuhnya. Dengan penjanaan maklumat baharu ini kita boleh
mendapat ruang dan peluang yang lebih luas," katanya.
Beliau berkata ketika ditemubual RakyatNews selepas membuat tinjauan ke
'2nd Annual Big Data World Show Malaysia Conference and Exhibition' di
Hotel Shangri La di ibu negara yang berlangsung semalam dua hari bermula
9 September lalu.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Hamedi Wahid
berpendapat, sistem baharu akan dapat diwujudkan hasil daripada
kepelbagaian isu dan idea yang dibincang secara bersama.
"Banyak isu dan idea baru yang kita boleh bincang bersama dan mewujudkan
sistem baru. Pengguna tahu mereka boleh mengembangkan idea ini kepada
keseluruhan teknologi kita." ujar beliau.
Pegawai Komunikasi Pusat Koordinasi GST, Kementerian Kewangan Effendy
Zulkifly menyifatkan Big Data sebagai penyelesaian kepada permasalahan
berkaitan pencarian maklumat.
"Penyelesaian kepada segala masalah berkaitan pencarian maklumat.
Seluruh maklumat samada bentuk 'softcopy' atau 'hardcopy' terdapat di
dalam Big Data," ujarrnya.
Malah, Pensyarah Fakulti Seni, Sains Sosial Prof Rosmadi Fauzi berkata,
isu-isu semasa memerlukan penglibatan secara bersama sekalipun berlainan
bidang kepakaran.
"Ini juga melibakan mereka di pelbagai bidang. Tidak semestinya misalnya
mahu menyelesaikan masalah sosial maka mereka di bidang sosial sahaja
yang terlibat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan