HALAMAN SANTAI

Sabtu, 13 September 2014

UPSR bocor: Polis ambil keterangan tujuh individu

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
  
 
 
KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan seorang wartawan bagi membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata polis sedang mengumpul keterangan dari pelbagai pihak bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.
 
"Setakat ini tujuh rakaman percakapan diambil dari kesemua tujuh individu berkenaan untuk membantu siasatan. Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini," katanya.
 
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan selepas murid menduduki peperiksaan itu kelmarin manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar menduduki peperiksaan berkenaan pada Khamis juga.
 
LPM menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.
 
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Pengarah LPM, Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh, digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas peperiksaan itu selesai.

Tiada ulasan: