JASIN DAILY
TUMPAT: Umno kini dilihat bermati-matian mempertahankan Dun Pengkalan Kubor sehingga terpaksa menggunakan khidmat cybertrooper dan pengedaran cakera padat (VCD) bagi memburukkan PAS. Terbaru siber tropper Umno menggunakan isu ketidakhadiran pemimpin utama DAP pada perarakan penamaan calon semalam bagi menggambarkan hubungan dingin dalam Pakatan Rakyat. Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, ada penduduk menemui VCD yang mempersoalkan tahaluf siyasi PAS bersama parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.
Katanya turut
dijelaskan dalam VCD tersebut Umno lebih awal mengadakan tahaluf siyasi
dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN).
“VCD yang diedarkan di merata tempat di kawasan Pengkalan Kubor sempena
kempen pilihan raya kecil sekarang. Saya harap pengundi tidak mudah
terpengaruh dengan propaganda tersebut,” katanya di sini.
Umno juga terpaksa menggunakan gambar calon BN, Mat Razi Mat Ail dengan
memakai serban dan jubah sambil berdoa diletak di tepi-tepi jalan.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud berkata, jarang
berlaku seseorang yang memakai serban dan berjubah berada dalam
perjuangan Umno.
“Orang yang pakai
serban kebiasaannya mereka lebih faham ilmu agama dan bukan sekadar
pandai mengajar qiraati sahaja.
“Kalau nak bagi nampak hebat janganlah pula meniru bulat-bulat gaya Tok
Guru Nik Aziz berdoa sebagai bahan kempen pilihan raya,” katanya pada
ceramah di Kampung Tebing malam tadi.
Kempen yang masuk hari kedua hari ini tambah rancak dengan ceramah
kedua-dua pihak diadakan malam tadi. PAS mengadakan ceramah di Kampung
Simpangan, Kampung Geting dan Bunohan.
Ceramah tersebut
membabitkan pemimpin-pemimpin utama PAS iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan
Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib-Naib
Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Husam Musa.
Umno pula mengadakan ceramah di Pengkalan Kubor. Petugas parti pula
sibuk mempersiapkan markas dan pos parti.
Kempen PAS tambah rancak dengan kemunculan akhbar harian yang dikenali
sebagai Pengkalan Kubor Kito, mulai diedar kepada orang ramai mulai
semalam.
Keluaran pertama
yang memaparkan tajuk “Wan Rosdi harapan rakyat” diedarkan berpusat di
Markas Besar Pengkalan Kubor di Kampung Geting.
Akhbar harian itu diterbitkan Lajnah Penerangan Badan Perhubungan PAS
Kelantan turut diedarkan petugas kalangan anak-anak muda kepada orang
ramai.
Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kehadiran akhbar
harian setebal empat halaman itu sekurang-kurangnya dapat memuatkan
maklumat terkini kempen kepada pengundi.
“Setidak-tidaknya ia dapat menyaingi berita propaganda dimuat dalam
akhbar harian milik Umno,” katanya. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan