HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 September 2014

Tiga pegawai khas ADUN Machang Bubuk disiasat polis.

Tindakan polis untuk menyiasat semula insiden tersebut amat mencurigakan malahan menimbulkan persepsi bahawa tindakan tersebut berkaitan dengan siri tekanan politik


Lee Khai LoonPETALING JAYA: Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Lee Khai Loon mengesahkan telah menerima surat daripada polis bagi membantu dalam siasatan isu ‘Flashmob I LOVE Kangkung’.

Kata Lee, polis meminta tiga pegawai khas ADUN Machang Bubuk iaitu Ho Leng Hong, Tan Xin Ying dan Andrew Chew untuk membantu dalam siasatan isu tersebut.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah telah menghantar satu surat ke Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Machang Bubuk untuk membantu dalam siasatan polis,” katanya.

Menurutnya, beliau berpendapat bahawa tindakan polis itu berkaitan dengan siri tekanan politik yang telah berlaku baru-baru ini.

‘Flashmob I LOVE Kangkung’ telah diadakan pada bulan Januari yang lalu atau lebih lapan bulan yang lepas. Selepas insiden tersebut, beliau juga disoal siasat oleh pihak polis.

“Namun demikian, tindakan polis untuk menyiasat semula insiden tersebut amat mencurigakan malahan menimbulkan persepsi bahawa tindakan tersebut berkaitan dengan siri tekanan politik,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Kata Lee, cubaan untuk mewujudkan ‘white terror’ melalui tekanan politik akan menyebabkan demokrasi Malaysia undur ke belakang.

“Isu tersebut telah diklasifikasi oleh polis di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Namun masa belum ditetapkan dan tindakan yang selanjutnya juga tidak dimaklumkan,” ujarnya.

Tiada ulasan: