HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Oktober 2014

Majlis Peguam kekal dengan pendirian

 
Ia berkenaan dengan larangan bekas hakim yang muncul di mahkamah bagi mewakili anak guam mereka seperti yang dinyatakan dalam resolusi badan itu pada 15 Mac lalu.


Christopher Leong Bar CouncilKUALA LUMPUR : Majlis Peguam Malaysia (MPM) mengekalkan pendiriannya yang melarang bekas hakim untuk muncul di mahkamah bagi mewakili anak guam mereka seperti dinyatakan dalam resolusi badan itu pada 15 Mac lalu.

Menurut Presidennya, Christopher Leong, walaupun terdapat kebimbangan badan tersebut berkenaan isu ini, yang telah dinyatakan di mahkamah, namun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa pada masa ini tidak ada apa-apa dalam undang-undang yang melarang hakim bersara daripada muncul sebagai peguam di mahkamah.

“Majlis juga menyatakan isu-isu baru-baru ini atau kontroversi membabitkan kepatutan atau perlantikan dan kemunculan ketua pasukan pendakwa dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekali lagi, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa tidak ada yang tidak tepat dalam hal ini.

“Walaupun atas sebab-sebab yang berbeza, isu bersama dan kebimbangan Majlis Peguam berkaitan kedua-dua pelantikan dan kemunculan pendakwa utama dan peguam utama (bekas hakim) bagi Anwar dalam rayuan itu keadilan mungkin tidak dapat dilakukan atau mungkin dilihat tidak dilaksanakan,” katanya memetik dari laporan Bernama.

Semalam, ketua pasukan pendakwaan dalam kes rayuan yang melibatkan Anwar, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu media bahawa tiada sesiapa yang boleh menghalang bekas hakim bertindak sebagai peguam dan ia adalah pilihan mereka untuk berbuat demikian.

Kontroversi timbul apabila bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pembelaan dalam kes rayuan Anwar berkenaan sabitan kes liwat.

Anwar, selaku Ketua Pembangkang didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun, 2008.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar, 67, atas kesalahan itu.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar di akhir kes pembelaan.

Mahkamah Persekutuan kini mendengar rayuan itu sejak Selasa lepas.

Tiada ulasan: