Tan Keng Liang
KUALA LUMPUR - Badan Peguam Malaysia perlu menjelaskan mengapa Hakim
Mahkamah Persekutuan yang telah bersara, Datuk Seri Gopal Sri Ram
dibenarkan mewakili Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam
rayuan kes sodominya.
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, perkara itu bertentangan dengan usul badan peguam itu pada mesyuarat agung tahunannya awal tahun ini.
Mesyuarat 15 Mac badan itu menerima usul bahawa hakim-hakim mahkamah lebih tinggi yang bersara dilarang dari mewakili anak guam di mahkamah.
Menurut Tan, jika amalan sedemikian dibenarkan ia mungkin memberi kesan 'intimidasi' terhadap hakim mahkamah, dan lebih buruk lagi, ia memberi persepsi bahawa hakim bersara/peguam berkenaan dan anak guamnya memiliki kelebihan ke atas peguam lain.
"Pemuda Gerakan menggesa badan peguam itu menjelaskan sama ada dalam hal ini terdapat pengecualian istimewa buat Anwar," katanya.
Bagaimanapun, pada September tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa seseorang hakim Mahkamah Tinggi yang bersara boleh bertindak sebagai peguam dalam kes sivil.
Panel lima hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rauf Sharif memutuskan bahawa ini selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak (seseorang) meraih sumber pendapatan. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan