KEADILAN DAILY
PUTRAJAYA : Tiga barang lokap diperoleh secara tidak sah melalui muslihat dan penipuan manakala tangkapan juga tidak sah, tegas Peguambela Sangget Kaur.
“Terdapat tangkapan tetapi waran hanya dikeluarkan oleh IPK KL (Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur). (Superintenden) Taufik kata tangkapan dibuat berdasarkan Seksyen 377B (Kanun Keseksaan),” hujahnya di Mahkamah Persekutuan hari ini pada perbicaraan rayuan terakhir kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sangeet berkata, Hakim Mohd Zabidin pada mulanya membuat keputusan menyebelahi mereka dengan tidak menerima tiga barang itu.
“Beliau memutuskan barang-barang itu digunakan secara tidak adil,” kata Sangget.
Bagaimanapun, hujah Sangget itu disanggah Hakim Arifin Zakaria dengan menyatakan, memperoleh bukti secara tidak sah juga diterima di Malaysia.
Sangeet berkata, pihak perayu ditahan di Jalan Segambut dan bertemu DSP Jude Pereira di balai polis kira-kira jam 8 malam dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Anwar enggan beri DNA dia di hospital. Dia menggunakan hak yang dijamin perlembagaan untuk tidak berbuat demikian.
“Keseluruhan prosedur adalah salah kerana ia bertentangan dengan peraturan lokap (kerana tahanan harus berada dalam lokap sebelum jam 6 petang),” kata Sangget, lapor Malaysiakini.
Sangeet berkata, polis menahan Anwar semalaman ketika mereka tahu mereka berada di sana hanya untuk merakamkan kenyataan Anwar.
Tetapi, kata Sangeet, Anwar diberikan tiga barang itu (tuala, berus gigi dan botol air) dan kemudian dikeluarkan secara berhati-hati.
Sangeet berkata, hakim perbicaraan memutuskan bahawa tiga barang itu diperoleh dengan tujuan tidak adil.
Katanya, keputusan awal dibuat ketika beliau memilih menggunakan budi bicara tetapi perbicaraan utama menerima bukti-bukti itu.
“Kemasukan barang itu melalui cara tidak sah,” kata Sangget.
Hakim Mohd Zabidin pada mulanya tidak menerima tiga barang itu sebagai bukti semasa perbicaraan dalam perbicaraan tetapi berubah selepas itu.
Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 selepas pergi ke HKL dan tidur semalam di lokap IPK KL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan