MALAYSIAKINI
Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan kontroversi Presiden
PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang menggesa supaya Bible berbahasa Melayu
dibakar.
Bekas perdana menteri berkata, kenyataan itu bukan menghasut.
Sebaliknya, kata Mahathir, gesaan Ibrahim itu “sesuatu yang diterima
orang Islam” yang membakar al-Quran lama yang tidak lagi digunakan.
“Bukan niatnya (Ibrahim) untuk memprovokasi pertembungan antara orang Islam dan bukan Islam,” katanya kepada pemberita.
Mahathir yang juga penaung PERKASA bagaimanapun enggan mengulas
keputusan peguam negara yang memutuskan untuk tidak mendakwa Ibrahim
bawah Akta Hasutan 1948.
Mahathir berkata, orang Islam biasanya membakar al-Quran yang sudah sangat lama.
“Kita selalu membakar al-Quran, apabila al-Quran itu sudah terlalu lama.
Sudah tentu kita tidak boleh membuangnya, jadi penyelesaian terbaik
dengan membakar,” katanya.
Ibrahim pada 13 Oktober lalu dilapor menjelaskan seruan membakar Bible yang dibuatnya sebelum ini disalah tanggap.
Katanya, beliau menasihatkan ibu bapa Islam mengambil tindakan itu jika
anak mereka menerima naskhah Bible berbahasa Melayu yang mempunyai
kalimah Allah sahaja, lapor Utusan Malaysia.
Merujuk sikap pembangkang yang tidak berpuas hati apabila tiada tindakan
diambil terhadapnya, Ibrahim berkata, kenyataan asalnya dikelirukan dan
beliau merujuk kepada insiden di Pulau Pinang sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan