HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Oktober 2014

Prosiding kes liwat II mungkin berlanjutan sehingga Selasa

ANTARAPOS.COM


Post Pic


PUTRAJAYA: Prosiding kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan berkemungkinan dilanjutkan sehingga Selasa depan.

Ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Shafee Abdullah berkata, beliau memerlukan sedikit masa bagi meneliti dan menyediakan hujah balas, memandangkan beliau hanya menerima dokumen petisyen hujah pembelaan pasukan peguambela Anwar yang dihantar pada saat akhir, iaitu pada hari pertama prosiding bermula. 
 
"Hanya saya yang akan menyampaikan hujahan balas esok tetapi saya tidak fikir akan mampu mennyampaikan keseluruhannya esok," tegas beliau.
 
Katanya lagi, pasukan pembelaan juga ada mengemukakan isu baru dalam hujahan mereka.  
 
Justeru, beliau menjangkakan prosiding bakal berlarutan ke hari Selasa memandangkan hujahan balas yang sudah beliau sediakan sahaja setebal 221 muka surat – dikatakan antara yang terpanjang dalam sejarah perbicaraan kes rayuan.
 
Sebelum ini, prosiding kes berkenaaan ditetapkan selama dua hari sahaja, iaitu pada 28 dan 29 Oktober. 
 
Namun hujah pembelaan yang banyak menyebabkan tempoh dua hari prosiding tidak mencukupi.
 
Prosiding akan disambung esok selepas Shafee meminta hakim menangguhkan perbicaraan masuk hari ketiga.
 
Hakim Mahkamah Persekutuan, Tun Ariffin Zakaria kemudiannya memutuskan prosiding perbicaraan itu akan dilanjutkan sehingga Isnin depan.

Tiada ulasan: