HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Oktober 2014

UM lancar siasatan, siswa kata masih selamat

MALAYSIAKINI


 


Aktivis siswa Universiti Malaysia, Fahmi Zainol yang mengetuai sekumpulan 2,000 pelajar dan penyokong di kampus berkenaan berkata beliau kini masih selamat dari sebarang tindakan disiplin.

“Saya masih selamat buat masa ini,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, laporan Bernama menyebut bahawa UM telahpun memulakan satu siasatan dalam ke atas siswa yang terlibat dalam perhimpunan berkenaan.

Agensi berita nasional itu juga hari ini melaporkan bahawa UM membuat aduan di balai polis Pantai semalam.

Kumpulan siswa berkenaan merempuh satu pintu pagar di Universiti Malaya pada malam tadi untuk mendengar ucapan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menyampaikan pidato di program dengan tema '40 Tahun: Dari UM ke Penjara' pada sekitar jam 10 malam.

 Fahmi yang turut mengetuai majlis perwakilan mahasiswa UM pada 23 Oktober lalu dikenakan surat tunjuk sebab kerana enggan membatalkan acara tersebut.

Tiada ulasan: