HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Oktober 2014

Umno Sabah tolak hujah Dr M pertahan PERKASA

MALAYSIAKINI




 
 
 
Hujah digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertahankan gesaan membakar Bible berbahasa Melayu oleh Datuk Ibrahim Ali tidak sah, kata timbalan ketua Umno Sabah.

Datuk Seri Salleh Said Keruak menolak hujah Mahathir semalam yang menyamakan dengan tindakan orang Islam membakar al-Quran lama yang tidak boleh digunakan, kerana ia tidak boleh dibuang.

Ini kerana, kata Salleh, membakar untuk memprotes tidak sama seperti membakar kerana menghormati.

“Dalam hal ini, ini bercakap tentang orang Islam membakar Bible untuk memprotes orang Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible.

“Ini bukan bermaksud tanda hormat, seperti orang Islam membakar al-Quran buruk dan lusuh,” katanya.

Mahathir semalam mempertahankan kenyataan kontroversi Ibrahim dan berkata ia selari dengan amalan orang Islam membakar al-Quran lama sebagai penyelesaian terbaik melupuskan kitab suci.

Ibrahim pada 13 Oktober lalu berkata beliau hanya menasihatkan ibu bapa Islam mengambil tindakan itu jika anak mereka menerima naskhah Bible berbahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah sahaja.

Tiada ulasan: