SELANGOR KINI
KUALA LUMPUR: Ketika perhatian negara menumpukan kes fitnah liwat
2 Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, di Kampung Chubadak beberapa
rumah dirobohkan hari ini
Menurut aktivis masyarakat, Nashita Md Noor, berkata antara rumah
yang dirobohkan termasuk milik warga emas Wahida Mat Salleh, 73, atau
lebih dikenali sebagai Makcik Wahida yang menetap di situ bersama
suaminya sudah hampir 45 tahun.
Lebih 50 anggota DBKL termasuk pasukan Light Strike Force (LSF) yang berpakaian lengkap dikerah mengawal keadaan.
Katanya, Makcik Wahidah menjadi peneroka Kampong Chubadak sejak lebih 40 tahun namun pemaju merampas tanpa sebarang pampasan.
“Gergaji dan hammer ini antara peralatan yang kami beli. Aiman Athirah Al Jundi dan saya keluar mencari bahan-bahan bagi membina bangsal yang diubahsuai menjadi rumah buat Makcik Wahidah tinggal setelah rumahnya dirobohkan oleh DBKL.
“Hasil kutipan derma dan usaha aktivis dapatlah makcik Wahidah rumah yang lebih selesa.
Hari ini rumah kecil usaha rakyat juga mahu mereka robohkan,” tulis Nashita laman Facebooknya.
Tulisnya, belum sempat barang dikeluarkan dari kawasan rumah, beberapa orang warga asing mula untuk robohkan rumah dari belakang.
“Penduduk naik berang dan memarahi mereka kerana langgar perjanjian untuk tidak robohkan rumah dengan segera,” tulisnya.
Nashita juga sempat memuat naik gambar suasana kejadian perobohan itu dan terdapat aksi beberapa penduduk ditangkap.
Tulisnya, Makcik Wahidah juga sempat melaungkan Azan sebelum rumahnya itu dirobohkan.
Dalam pada itu, tiga aktivis mahasiswa ditahan polis kerana didakwa menghalang pihak berkuasa merobohkan rumah seorang penduduk setinggan di Kampung Chubadak kira-kira jam 2 petang.
Dua pelajar itu ialah Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Gamis, Ahmad Fahmi Mokhtar dan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Abdul Muqit Muhammad.
Fahmi adalah mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) manakala Abdul Muqit adalah mahasiswa Universiti Malaya (UM).
Mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sentul.
Walaupun tidak dicatat tarikh sebenar pembukaan Kampung Chubadak tetapi berdasarkan sejarah lisan, ia dipercayai wujud sebelum 1800 lagi.
Ia dikatakan diteroka sekumpulan masyarakat keturunan Minang Chubadak dari Sumatera sejak bergenerasi lamanya.
Perkampungan yang sebahagiannya bekas tanah lombong terdiri daripada beberapa kampung seperti Kampung Chubadak Tambahan atau Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.
Selepas lombong ditutup sekitar tahun 40-an, semakin ramai menduduki Kampung Chubadak dengan membina rumah di tanah yang mereka terokai.
Penerokaan untuk dijadikan penempatan baru yang ketika itu Wilayah Persekutuan belum wujud, asalnya mendapat restu dan galakan Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.
Ini dapat dilihat apabila Kerajaan Selangor ketika itu berjanji mengambil segala langkah perlu bagi memastikan penduduk kampung itu mendapat hak milik tanah yang diduduki.
Bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Draf Pelan Bandar Kuala Lumpur (KLCP) 2020 mengkategori Kampung Chubadak sebagai penempatan setinggan bersama lima kampung.
Kampung lain ialah Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Bahagia dan Kampung Puah.
Tindakan DBKL yang mungkin didalangi Kerajaan Persekutuan itu mengkhianati generasi awal penduduk Kampung Chubadak, selain turut mengkhianati Kerajaan Selangor.
Gambar: Facebook Nashita Md Noor-EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan