Lyn Nasir
PUTRAJAYA: Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kecewa dengan pembahagian pas yang diberikan secara tidak adil kerana membenarkan sehingga 15 anggota polis cawangan khas masuk ke dalam Bilik Bicara Mahkamah Persekutuan.
Jelasnya, ruang yang diberikan adalah terhad iaitu 15 untuk media dan pemerhati antarabangsa, 10 untuk ahli parlimen manakala lebihannya telah diperuntukkan kepada cawangan khas tersebut.
“Apa yang berlaku, hampir 15 tempat duduk pas diperuntukkan untuk anggota polis cawangan khas, dan itu mengambil tempat di bahagian belakang di sebelah kiri iaitu di belakang media, kemudian di sebelah kanan iaitu di belakang pemerhati antarabangsa.
“Mereka masuk dan ada sebahagiannya duduk di sebelah saya, tapi tidur.
“Isunya kenapa sampai 15 pas diberi kepada cawangan khas sedangkan wartawan 15 pas juga?”
soalnya ketika ditemui pemberita di hadapan bilik bicara 1 Mahkamah Persekutuan.
Jelasnya, ruang yang diberi adalah terhad iaitu untuk beberapa ahli keluarga terdekat Anwar, 15 pas untuk media, pemerhati antarabangsa dan diplomat, manakala lebihannya diperuntukkan terus seramai 15 orang untuk anggota polis cawangan khas.
“Jadi kita tinggal sehari lagi iaitu hari Isnin, kita minta beberapa slot cawangan khas itu dikeluarkan.
“Takkan lah sampai lingkungan 100 meter baru penyokong dapat berkumpul, dalam mahkamah punya tempat pun kamu ambil juga atas alasan kerana bertugas, dua atau tiga orang cukuplah.
“Tolong berikan ruang yang lebih adil kerana ini adalah kes berprofil tinggi, anggota polis cawangan khas tidak perlu begitu sekali,” ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan