HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Oktober 2014

Anggota polis cedera ditikam lelaki tak siuman

MALAYSIAKINI



 
 
 
Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera apabila ditikam sebanyak tiga kali oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman di Kampung Bechah Pulai, Laloh, Kuala Krai semalam.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, tiga anggota polis dari Balai Polis Laloh diarah ke kampung itu berikutan terdapat laporan mengenai seorang lelaki telah mengamuk.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata anggota yang tiba mendapati terdapat seorang lelaki berusia 26 tahun sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya dan memegang sebilah pisau.
 
"Anggota cuba memujuk suspek namun gagal dan mengambil keputusan menyembur 'Pepper Spray' ke arah suspek.   
 
Semburan berkenaan kena pada mata suspek menyebabkan suspek meluru ke arah mangsa dan menikamnya sebanyak tiga kali menggunakan pisau," katanya ketika di hubungi Bernama semalam.

Beliau berkata akibat tikaman itu mangsa Koperal Awang Awang Besar cedera di bahagian telinga sebelah kiri, rusuk kiri dan lengan kiri dan dirawat di Hospital Kuala Krai dengan keadaannya stabil.
 
Suspek juga ditahan di hospital sama. - Bernama

Tiada ulasan: