HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Oktober 2014

PBB: Malaysia perlu bertindak berasas keadilan sejagat

ANIS NAZRI 


KUALA LUMPUR: Malaysia perlu dihormati atas prinsipnya memperjuangkan hak-hak negara kecil, lebih-lebih lagi setelah memenangi kerusi anggota Majlis Keselamatan PBB, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menegaskan Malaysia perlu menyatakan pendirian jelas berhubung isu Palestin contohnya, selain turut menyatakan pendirian tentang isu-isu melibatkan negara Islam.

"Apa peranan Malaysia yang kini berada dalam majlis tersebut terhadap isu Palestin? Begitu juga kedudukan kita tentang hukuman gantung yang dikenakan ke atas Presiden Jamaat Islami Bangladesh, apa sikap kita?" soal beliau ketika membahaskan Bajet 2015, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menambah, Malaysia juga perlu mengambil tindakan jelas yang menunjukkan negara tidak bersekongkol dengan mana-mana regim yang menzalimi rakyatnya seperti China.

"Seperti pelarian Uighur, yang mana kita tahu banyak yang telah melarikan diri ekoran dizalimi pemimpinnya, ada yang telah dihantar pulang. Namun, kita perlu mengambil tindakan yang jelas berkenaan hal itu berasaskan keadilan sejagat," kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: