HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Oktober 2014

Khalid, muka ulama perangai macam ular – Azeez

 
Pembangkang sepatutnya berterima kasih kepada pihak kerajaan yang akan membina kilang Al-Quran bukannya mengutuk.


putera_AzeezKUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Baling (BN) , Datuk Seri Abdul Azeez Rahim menyelar tindakan Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Abdul Samad yang mengutuk usaha pihak kerajaan membina kilang percetakan Al-Quran di Putrajaya.

Menurut laporan UMNO BNBBC, Azeez berkata tidakan Khalid amat memalukan. Sepatutnya beliau (Khalid) bangga dan bersyukur dengan usaha murni yang ingin dilakukan oleh kerajaan lebih-lebih lagi Selangor negeri yang ditadbir pembangkang tidak mampu membina kilang seumpama ini yang menjadi satu lagi sejarah dunia.

“Bila saya bangkitkan isu Al-Quran, Datuk yang DiPertua (Timbalan Speaker) pun tak ganggu ini pula Shah Alam. Muka macam ulamak tapi perangai macam ular dalam semak yang mengganggu. Malulah sikit. Ini pun (kilang Al-Quran) Ahli Parlimen Bintulu boleh sokong.

“Sepatutnya Ahli Parlimen Ipoh Barat (M. Kulasegaran a/l V. Murugeson, DAP) yang bangkang,” katanya ketika membahaskan rang undang-undang Bajet 2015 di Dewan Rakyat, semalam.

Tindakan Khalid juga ditempelak Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Tiong King Sing kerana Khalid berlagak seperti ulamak sedangkan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah pernah murka kepada Khalid apabila mempertikai tindakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung isu rampasan bible.

Tiada ulasan: