HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Oktober 2014

Anwar yakin bebas Selasa depan

 
Anwar optimis bahawa beliau akan dibebaskan dan mengharap doa berterusan dari rakyat.


anwar_kes ii


PUTRAJAYA: Menjelang hari keempat perbicaraan kes Fitnah II, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin yakin bahawa beliau akan dibebaskan.

“Isnin kita akan sambung, Insyallah Selasa saya akan dibebaskan, doakan saya akan dibebaskan pada Selasa,” katanya semasa berucap dihadapan 300 penyokong yang berada diluar Mahkamah.

Keadilandaily melaporkan, Anwar turut berterima kasih kepada semua penyokong yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada beliau dari awal hari perbicaraan sehingga hari ini.

“Saya ucap terima kasih pada semua, perjalanan perbicaraan seperti biasa, pihak pendakwaan ulang balik cerita walaupun cercaan itu telah dibuktikan fitnah tetapi kita tetap terus akan sabar,” katanya sambil disambut dengan laungan refomasi.

Hari ini, pihak pendakwaan diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan hujah balas terhadap alasan rayuan pihak pembelaan untuk membebaskan Anwar, 67, daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiada ulasan: