PUTRAJAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti mempersoalkan kewibawaan badan kehakiman atau mengaitkan kerajaan kepada tuduhan liwat yang dihadapinya.
“Kerajaan tidak memaksa Anwar buat apa yang beliau dituduh buat kepada
Saiful. Anwar sendiri dituduh buat perkara itu, jadi kenapa nak
dibicarakan kredibiliti kerajaan?” kata Khairy dalam Facebooknya.
“Seorang individu dituduh buat satu kesalahan, satu negara kena
tanggung isu ini daripada usaha untuk memburukkan imej negara di mata
dunia sampai demonstrasi sana-sini yang cuba dianjurkan oleh
penyokong-penyokong Anwar," kata beliau.
Khairy berkata dalil Anwar bahawa badan kehakiman hanya boleh dianggap
bebas dan adil jika beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai
tidak masuk akal.
Beliau berkata sebelum ini Anwar meletakkan segala kepercayaan dalam
sistem perundangan negara apabila menyaman beberapa pihak termasuk
beliau (Khairy) sendiri.
“Bagi Anwar, hanya keputusan yang memihak kepada beliau boleh
membuktikan mahkamah kita bebas dan adil. Ini logik apa? Patut dia
terima apa sahaja keputusan. Jangan cakap hanya satu keputusan sahaja
yang boleh diterima,” kata beliau.
“Sudah banyak kali Anwar bawa kes saman malu ke mahkamah, termasuk dua
menentang saya. Bila timbul kes saman malu yakin pula beliau dengan
institusi kehakiman kita. Banyak juga kes yang beliau menang. Yang itu
beliau boleh terima sebagai bukti kebebasan institusi kehakiman,“ tegas
Khairy.
Khairy menggesa Anwar untuk tidak lagi bersifat hipokrit dengan hanya
menerima keputusan kes yang memihak beliau dan menolak yang lain sebagai
tidak adil dan dipengaruhi kerajaan.
“Saya tak tahu macam mana lagi mahkamah kita boleh memberi peluang yang secukup-cukupnya pada Anwar,” kata beliau.
“Bagi yang tak ingat, kes ini mula dibicarakan pada 7 Ogos, 2008. Ya,
2008. Bukan kes yang dibawa secara ekspres tapi diberi masa
bertahun-tahun. Kes yang ditangguhkan sebanyak 67 kali. 67 kali.
Kebanyakannya atas permintaan peguam Anwar,” kata beliau.
“Apa sahaja keputusan Mahkamah Persekutuan, saya harap sebagai rakyat
Malaysia kita terima. Ini bukan masalah negara. Ini masalah seorang
individu. Banyak lagi kerja kita untuk membangunkan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan