HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Oktober 2014

Kalau Anwar dipenjara hari ini, kita jangan balik- Pak Jabit

Oleh: Lyn Nasir
 

PUTRAJAYA: Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berkumpul di hadapan Istana Kehakiman bagi memberi sokongan moral kepada Ketua Umum KEADILAN itu.

Antara yang mencuri tumpuan pada hari kedua ini adalah kemunculan pelakon veteran, Pak Jabit yang turut sempat memberikan ucapan kepada kira-kira 1,000 penyokong Anwar.

“Kita tak nak serang hantu Kak Limah balik rumah, yang kita nak serang adalah hantu Kak Rosmah,” katanya sambil disambut sorakan daripada penyokong  yang hadir.

Pak Jabit atau Man Kadir adalah pelakon veteran yang sering muncul dalam drama dan filem berunsur komedi. Beliau antara lain memegang watak sebagai pemilik warung dalam filem Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Katanya lagi, beliau yang berumur 80 tahun sanggup turun bersama rakyat yang lain untuk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan bersama pemimpin bernama Anwar Ibrahim.

“Anwar itu anti rasuah, dia hanya inginkan keadilan, dia menentang Malaysia yang kaya dengan rasuah. Tapi kerana itu dia dipenjarakan, mana keadilannya?” soalnya lagi.

“Kalau Anwar dipenjarakan hari ini, kita jangan balik.

“Kita korbankan diri demi keadilan dan kesejahteraan rakyat.

“Jangan sesekali undur, teruskan perjuangan,” katanya lagi.

Tiada ulasan: