HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Oktober 2014

Tempoh perbicaraan terlalu panjang punca penyokong kurang - Marthada [TONTON VIDEO]

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamed Azhar
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Tempoh perbicaraan yang panjang menjadi punca mengapa jumlah penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan semakin berkurangan, demikian menurut penganalisis politik Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed.
 
Bercakap kepada Antarapos, Martadha seterusnya memberitahu semangat penyokong kebiasaannya hangat pada peringkat awal sahaja.
 
Mungkin pada hari pertama pengikutnya agak teruja, kerana sebelum ini (keputusan) tidak ada perbicaraan. 
 
Namun, apabila perbicaraan itu berlangsung lebih daripada tempoh ditetapkan, sudah tentu penyokong Anwar mempunyai tugas dan tanggungjawab yang lain," demikian menurut Marthada.
 
Sebagaimana yang diketahui, prosiding pendengaran rayuan Ketua Umum PKR itu terhadap kes Liwat II membabitkan Saiful yang juga bekas pembantu peribadinya dilanjutkan sehingga minggu depan.
 
Pada awalnya, prosiding ditetapkan selama dua hari, iaitu Selasa dan Rabu.
 
Jumlah penyokong kedua-dua pihak pada dua hari pertama itu bertambah, dengan masing-masing berkumpul di sebelah kiri dan kanan Mahkamah Persekutuan dan tidak henti melaungkan kata-kata semangat serta membawa pelbagai sepanduk.
 
Bagaimanapun, keadaannya jauh berbeza pada hari ini (Khamis) apabila media melaporkan jumlah penyokong Anwar dan Saiful amat berkurangan.
 
Timbul juga dakwaan kononnya penyokong Saiful 'dibayar' untuk hadir ke Putrajaya.
 
Menjawab hal itu, Marthada berpendapat 'sogokan' adalah satu perkara biasa selain terikat dengan komitmen menjadi penyebab pengurangan penyokong Anwar dan Saiful.
 
"(Bayar) Itu perkara biasa, terutamanya dalam konteks ini penyokong adalah daripada mereka yang mempunyai pekerjaan. Jadi bukan mudah mereka hendak ambil cuti. (Jika) Satu hari itu perkara biasa. 
 
"(Tetapi) Jika perbicaraan berlaku dalam masa yang panjang, sudah tentu akan ada keadaan mereka, terutama yang tidak ada pekerjaan dibayar untuk meramaikan dan menimbulkan keadaan sokongan itu masih ada," ujarnya lagi.
 
Tinjauan Antarapos di perkarangan Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati, jumlah penyokong kedua-dua pihak semakin berkurangan. 
 
Lebih 100 orang penyokong Anwar dilihat berlegar-legar di perkarangan mahkamah, sementara penyokong Saiful pula hampir tidak kelihatan. 
 
Semalam, media melaporkan penyokong Anwar dan Saiful mencecah 500 orang.
 

Tiada ulasan: