MALAYSIAKINI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim
yakin bahawa keadaan di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) lebih
selamat berbanding keadaan di ibu negara.
Dalam jawapannya kepada Linda Tsen Thau Lin (BN-Batu Sapi), Shahidan
berkata kawasan itu dijaga dengan tetap oleh pasukan keselamatan.
"Sebagai contoh, saya berjumpa dengan pelancong dari Great Britain yang
berasa mereka lebih selamat dalam buat aktiviti contohnya tengok
penyu... kerana pasukan keselamatan ada merata-rata," kata Shahidan.
Esszone merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran,
Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau, yang
meliputi 1,733.7 kilometer.
Zon itu diterajui pimpinan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
(Esscom), yang bertanggungjawab menyelaras pelbagai agensi keselamatan
dan pertahanan.
Penubuhan Esscom diumumkan perdana menteri semasa lawatannya ke Lahad
Datu pada 7 Mac tahun lepas, susulan pencerobohan kumpulan pengganas
Sulu di Kampung Tanduo sebulan sebelum itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan