MALAYSIAKINI
Program PERMATA di bawah isteri Perdana Menteri Datin Seri
Rosmah Mansor mendapat sambutan dari pelbagai negara kata seorang ahli
Parlimen BN.
Dalam ucapan perbahasan Bajet 2015 Datuk Abdul Azeez Rahim (BN-Baling)
mempertahankan Rosmah dari "persepsi buruk" MP pembangkang dengan
menyatakan Rosmah dan PERMATA telah mendapat pengiktirafan dari
Permaisuri Qatar dan Presiden Zambia.
"Rosmah mempunyai hati yang baik, beliau menjaga anak-anak itu. Janganlah ada persepsi buruk (terhadap Rosmah).
"PERMATA terbukti melahirkan kanak-kanak pintar dan bijak, bukannya hang
akan gigit telinga polis dan protes di pagar universiti," kata Azeez
menyindir MP Pembangkang yang bertikam lidah dengan beliau.
MP Batu Tian Chua, Zuraidah Kamaruddin (PKR-Ampang) dan Khalid Samad
(PAS-Shah Alam) bergilir-gilir menyoal apakah sumbangan PERMATA kepada
pendidikan negara.
Hal itu bagaimanapun gagal dijawab oleh Azeez yang mahu mereka bertanya kepada Kementerian Pendidikan.
Bagaimanapun Azeez mempelawa mereka untuk bertemu sendiri Rosmah until
mengubah persepsi buruk terhadap isteri perdana menteri itu.
"Kalau nak jumpa Rosmah, tak ada masalah, saya boleh bawa jumpa tapi
jangan ada persepsi buruk hanya kerana beliau isteri PM," kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan