Jagtar Singh Tara dikehendaki polis setelah lolos dari penjara di India sejak 10 tahun lalu.
KOTA BHARU - Ketua kumpulan pengganas India yang dikatakan kini berada
di Thailand dipercayai mempunyai perancangan untuk menyusup masuk ke
Malaysia.Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Rosli Abdul Rahman berdasarkan maklumat dan risikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung pergerakan penjenayah terbabit, Jagtar Singh Tara.
“Jagtar berasal dari Pakistan dan namanya tersenarai dalam Red Alert Interpol kerana dikehendaki berikutan insiden pengeboman di Punjab yang menyebabkan 18 terbunuh,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pengganas India hampiri sempadan negara]
Menurutnya, laporan dari pihak negara jiran, Thailand juga mendapati penjenayah terbabit masih bersembunyi di negara mereka dan merancang untuk masuk ke negara ini.
Rosli berkata, pihak polis akan menahan Jagtar sekiranya dia dijumpai dan penjenayah berkenaan akan disiasat oleh PDRM terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan