Oleh: AFIX REDZUAN
SABAK BERNAM: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hari ini mengadakan lawatan kerja ke Daerah Sabak Bernam bersama pimpinan Kerajaan Negeri.
Ini merupakan aktivi turun padang kali keempat yang dilakukan beliau selepas dilantik menjadi Menteri Besar pada 23 September lalu.
Aktiviti diteruskan dengan kunjungan ke Kampung PPRT Desa Kasih yang telah dilanda banjir pada 8 Oktober lalu.
Mohamed Azmin melawat kawasan berkenaan dan mendapati sistem pengairan di kampung berkenaan berhadapan masalah besar sehingga mengakibatkan banjir yang berlaku awal bulan ini berlarutan selama empat hari.
Beliau turut mendengar taklimat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabak Bernam serta meluluskan peruntukan berjumlah RM600,000 untuk kerja-kerja penstrukturan semula sistem pengairan kampung berkenaan.
Kerajaan Selangor mencadangkan supaya tanah yang telah dibina untuk kemudahan jeti diwartakan sebagai rizab awam serta pajakan untuk tempoh lama.
Kesemua cadangan ini bergantung kepada persetujuan di antara persatuan nelayan dan Kerajaan Negeri.
Beliau turut sempat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nurul Alaniah, Sekinchan selain mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama kariah setempat.
Katanya, pembinaan masjid bukan untuk bersaing masjid mana yang karpetnya lebih tebal dan penghawa dinginnya yang lebih sejuk tetapi pengisian yang perlu diutamakan.
“Tatkala bermesra dengan anak-anak di sini, saya terkenang pengalaman berkhidmat sebagai guru Matematik di Maktab Rendah Sains MARA Terendak suatu ketika dulu,” kata Azmin.EZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan