HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Oktober 2014

Najib: Kerajaan masih kaji penstrukturan bahan api

SINAR HARIAN


Najib Tun Razak - Foto Bernama Najib Tun Razak - Foto Bernama
 
 
DUBAI - Kerajaan masih dalam proses mengkaji struktur skim penstrukturan semula subsidi bahan api baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masih terlalu awal (untuk mengumumkannya) kerana kita masih di peringkat meminta cadangan.

“Jadi sistem yang ada sekarang akan diteruskan. “Kami akan memutuskannya apabila kami mendapat cadangan terbaik dengan pakej lengkap," kata beliau kepada pemberita Malaysia pada lewat Rabu.

Najib sedang dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Dubai bersempena dengan Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-10 (WIEF) yang berakhir hari ini.

Apabila ditanya tentang tempoh masa, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, "orang ramai akan dimaklumkan tentangnya pada pertengahan tahun depan."

Najib berkata, skim baharu itu yang dilaporkan dibahagikan kepada tiga peringkat, mengikut pendapatan bulanan, hanya merupakan sebahagian daripada cadangan.

Dicadangkan bahawa mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 akan terus menikmati subsidi bahan api manakala mereka yang berpendapatan melebihi RM10,000 tidak layak mendapatnya. - Bernama

Tiada ulasan: