HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Oktober 2014

SIS: Tak patut denda wanita tak bertudung

MALAYSIAKINI


 


NGO wanita Muslim, Sisters in Islam (SIS) berpendirian bahawa kerajaan negeri Kelantan tidak sepatutnya menjalankan operasi ke atas golongan wanita Islam yang tidak memakai tudung.

Satu kenyataan dikeluarkan SIS menyebut, golongan wanita Muslim bebas membuat keputusan sendiri sama ada ingin bertudung atau tidak.

“Tidak harus ada paksaan dalam agama,” menurut SIS yang memetik beberapa ayat al-Quran untuk menguatkan hujahnya – al-Baqarah: 2:256, Yunus: 99-100 dan al-Ghashiyah: 22.

"Oleh itu, keputusan untuk bertudung atau tidak bertudung, kekal menjadi pilihan individu itu sendiri, bukan oleh manusia lain yang berkuasa, atas niat apa sekalipun.

Ia merujuk kepada laporan Sinar Harian pada hari Selasa lalu, berhubung 'Operasi Gempur Aurat' oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu bagi memastikan para peniaga di bandar itu mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi orang Islam.

Ia termasuk undang-undang menetapkan wanita Islam bertudung dan tidak memakai pakaian “ketat”.

Laporan itu menyebut, sebanyak 34 kompaun dikeluarkan dalam operasi tersebut pada September dan akan diteruskan sehingga akhir tahun.

Jumlah denda ke atas peniaga dan kakitangan yang melanggar kod etika berpakaian itu ditetapkan pada kadar RM500.

Tiada ulasan: