Persoalan itu dibangkitkan ekoran kematian seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Jun lalu di kem itu, yang berpunca dari alatan pelampung yang tidak disahkan keselamatannya.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Md. Ramli ketika membahaskan Bajet 2015, di Dewan Rakyat hari ini meminta jaminan sama ada kem tersebut masih selamat digunakan atau sebaliknya.
"Saya mohon penjelasan kerajaan, adakah kem itu selamat atau masih lagi menggunakan alatan yang belum disahkan keselamatannya," soal beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Dr. Hatta juga berkata penjelasan itu perlu dijawab segera memandangkan tiada sebarang siasatan lanjutan dibuat biarpun laporan polis dibuat berhubung insiden tersebut.
Beliau turut meminta kerajaan agar melihat kembali keupayaan UPNM yang dikatakan memiliki prestasi yang kurang baik, dengan keadaan pensyarah yang tidak dapat kedudukan yang baik, serta kursus-kursus yang dikatakan tidak diiktiraf.
Dalam pada itu, Dr. Hatta juga meminta kerajaan agar segera menyelesaikan kerja-kerja pembinaan lebuh raya Merapoh, di Kuala Lipis bagi memudahkan pengguna yang ke Kelantan.
"Sudah enam tahun saya berulang ke Kuala Krai -Kuala Lumpur, melalui Kuala Lipis-Merapoh-Gua Musang. Tidak nampak sebarang pembinaan lebuh raya. Tak tahulah kalau dalam hutan, saya tak nampak.
"Yang boleh dilalui ketika ini lebih kurang 12 kilometer sahaja. Harap kerajaan segerakan pembinaan lebuh raya ini bagi memudahkan pengguna yang ingin ke Kelantan," kata beliau. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan