HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Oktober 2014

MP: FGV mungkin alami nasib seperti MAS

MALAYSIAKINI


 


MP DAP, Tony Pua bimbang sekiranya Felda Global Ventures Holdings (FGV) mengalami nasib sama seperti syarikat Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) dan Malaysia Airlines System (MAS) yang menurutnya kini tenat.

MP Petaling Jaya Utara itu, berkata FGV mencatat prestasi buruk secara konsisten dalam tempoh dua tahun ini.

Keadaan ini berlarutan dengan kemerosotan harga sahamnya sebanyak 36.77 peratus dari 2012 hingga Oktober tahun ini, katanya.

Kemerosotan itu menyebabkan pelabur FGV – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) – kini kerugian lebih RM1 bilion secara keseluruhan dari 20 peratus pegangan mereka.

Ini, tidak termasuk kerugian daripada pegangan 40 peratus secara terus oleh kerajaan dan agensinya,18.9 peratus oleh peneroka Felda serta 5 peratus pegangan kerajaan negeri Pahang, katanya.

"Pengurusan tertinggi FGV telah diberi masa yang cukup dan wajib mengambil tanggungjawab (ke atas) prestasi buruk ini.

"Kerajaan peely mengambil langkah yang perly sebelum FGVH menjadi terlalu berhantung kepada kerajaan," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tiada ulasan: