MALAYSIAKINI
Sekumpulan peguam hari ini meneruskan tuntutan agar Majlis Peguam
membuat ketetapan berhubung bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri
Gopal Sri Ram yang bertindak sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim
dalam kes rayuan Liwat II.
Peguam terbabit, termasuk bekas naib presiden PERKASA, Datuk Zulkifli
Noordin dan peguam pro-Akta Hasutan, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz,
membangkitkan ketetapan Majlis Peguam sebelum ini bahawa hakim kanan
yang bersara tidak boleh bertindak sebagai peguam di mahkamah.
Mohd Khairul sebelum ini mencadangkan pembentukan Majlis Peguam
alternatif kerana badan sedia ada itu didakwanya mengambil sikap
bersimpati dengan pembangkang.
"Tidak elok jika Majlis Peguam menggunakan dua prinsip berbeza apabila
Anwar Ibrahim terlibat dan kewibawaan profesyen guaman pastinya tercalar
dengan tindakan hipokrit seperti ini,” kata peguam berkenaan dalam satu
kenyataan bersama.
Gopal Sri Ram semalam bertindak mengetuai barisan peguam Anwar dan
mengemukakan penghujahan untuk pembelaan ketua pembangkang itu di
Mahkamah Persekutuan.
Kumpulan peguam itu seterusnya menggesa Majlis Peguam meneliti isu
tersebut serta mereka kerana ia akan memberi kesan ke atas imej badan
berkenaan.
"Presiden Majlis Peguam tersebut mendiamkan diri yang boleh disifatkan
sebagai tindakan hipokrit, dalam isu tindakan Gopal Sri Ram.
“Majlis Peguam gagal mematuhi ketetapannya sendiri dalam hal ini.
Tindakan Majlis Peguam berdiam diri bercanggah dengan komitmennya untuk
menegakkan keadilan tanpa takut atau memihak.
Para peguam yang menandatangani kenyataan bersama itu termasuk Faidhur
Rahman Abdul Hadi, Azril Mohd Amin, Mohammad Yahya Zakaria dan Farah
Nadiah Zainuddin.
Ia turut disokong oleh Zamzuri Mohamed Tahir, Ahmad Soffian Mohd Sheriff, Suhaimi Adnan dan Nadiah Hanum Md Nadzri.
Dalam ketetapannya, Majlis Peguam menggariskan prinsip bahawa hakim
kanan dari mahkamah tinggi tidak harus bertindak sebagai peguam dalan
pendegaran mahkamah, dan ini diamalkan sejak berdekad lamanya.
Badan tersebut menegaskan perkara itu dalam resolusinya susulan tindakan
sekumpulan enam orang hakim yang bersara, yang menulis surat kepada
Majlis Peguam untuk menyatakan kebimbangan mereka.
Sementara itu, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng ketika ditemui di
Istana Kehakiman selepas menghadiri prosiding rayuan tersebut berkata
beliau bersetuju dengan resolusi Majlis Peguam.
Bagaimanapun, pelantikan Gopal Sri Ram adalah keputusan peribadi ketua pembangkang itu, katanya.
"Secara peribadi, saya hormati resolusi Majlis Peguam, tapi saya fikir terpulang pada Anwar untuk buat keputusan,” katanya.
Para peguam Anwar, N Surendran dan Eric Paulsen turut mempertahankan
pelantikan Gopal yang menurutnya tidak menjadi masalah kerana Mahkamah
Persekutuan sebelum ini telahpun membuat ketetapan bahawa bekas hakim
itu boleh bertindak sebagai peguam.
Surendan dan Paulsen memberi alasan bahawa Gopal selaku bekas hakim
mahkamah persekutuan tidak mewakili Anwar di mahkamah yang lebih rendah
tetapi yang setara dengan tahapnyna.
"Ini adalah Makamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan